Thursday 4 August 2016


6 Cara mudah untuk Kuruskan badan







1. Minum sekurangnya 8  gelas air kosong setiap hari


Air mengurangkan selera makan secara semula jadi dan membantu memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh .
Sebelum makan makanan yang berat , minum air terlebih dahulu . Pasti anda tidak akan makan dengan banyak . Penelitian telah membuktikan bahwa ketika Anda minum 2 gelas air sebelum makan, akan membantu Anda untuk mengkonsumsi makanan lebih sedikit. Itulah mengapa trik ini sangat berguna untuk menurunkan berat badan .
perbanyaklah minum air putih. Meminum lebih dari 4 liter air dalam sehari akan membantu untuk membuang racun serta membakar lemak dalam tubuh.
Mengkombinasikan salad dengan air putih. Salad yang kaya serta bermanfaat untuk menyehatkan pencernaan, sedangkan air putih mampu meningkatkan metabolism. Kombinasi keduanya diyakini mampu untuk menurunkan berat badan dengan cara yang sehat.

Sebelum bersukan, jangan lupa untuk meminum air putih yang cukup. Begitu pula ketika anda selesai bersukan. Mengkonsumsi air putih yang cukup sangat bermanfaat agar tubuh anda terhidrasi dengan baik. 






2. Amalkan Diet Seimbang


Rancang jadual pemakanan dan jangan melakukan diet tanpa jadual yang betul yang boleh memudaratkan kesihatan anda. Jika anda ingin menurunkan berat badan, adalah dinasihatkan supaya mencuba diet sihat yang dapat membantu mencapai matlamat anda tanpa membahayakan kesihatan.
Buang semua makanan yang tidak berkhasiat dan mengandungi kandungan gula yang tinggi.
Perbanyakan makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran , daging tanpa lemak, ikan, bijiran dan produk tenusu tanpa lemak.
Catatkan setiap makanan yang anda makan dan bila, dan juga bagaimana anda rasa setiap kali selepas makan.






3. Elakkan makan lewat malam


Kenapa perlu kurangkan kalori ketika makan malam? Sebab, pada waktu malam, kita sudah kurang beraktiviti dan pembakaran lemak menjadi perlahan. Organ tubuh tidak membakar lemak ketika anda sedang tidur . Hal ini akan menyebabkan makanan tidak di hadam dan menjadi lemak terkumpul di dalam badan dan boleh menyebabkan punca kenaikan berat badan anda .
Makanan berminyak dan berlemak tinggi hanya akan membuat tubuh terasa lesu keesokan paginya. Hidangan yang berkalori, lemak atau minyak terlalu banyak akan sukar dicerna. Ini yang boleh buat berat badan kita bertambah ­
Elakkan makan makanan berkarbohidrat tinggi diwaktu malam yang mengandungi gula yang tinggi walau rasanya tidak manis. Terlalu banyak ambil karbohidrat terutama yang jenis sederhana akan menimbulkan lonjakan gula darah. Kadar gula darah tinggi akan membuatkan anda susah untuk tidur nyenyak . Ketahuilah saiz hidangan makanan anda. Makan malam sepatutnya membekalkan anda 400 sehingga 500 kalori.







4. Senaman


80% kurus adalah dari penjagaan makanan, 20% senaman akan mmbantu mmpercepatkan proses anda untuk kurus. Dengan kata yang lain , Cara untuk  mempercepatkan proses kita kuruskan badan adalah dengan senaman .  
Tingkatkan aktiviti fizikal anda. Latih diri berjalan sekurang-kurangnya 400 meter sehari. Anda tidak semestinya perlu pergi ke gym atau berjogging untuk melakukan senaman . Objektif utama anda adalah untuk membakar lebih banyak kalori. Lakukan aktiviti seperti park kereta anda lebih jauh dari destinasi yang hendak dituju dan pilih untuk menggunakan tangga daripada menggunakan lif .
Buat senaman 'sit up' dan 'push up' setiap kali bangun tidur pada waktu pagi dan pada waktu petang  selepas balik kerja. Lakukan sebanyak 20 kali setiap set. Tambah jumlah 'sit up' dan 'push up' dari hari ke hari sehingga mampu untuk membuat 100 kali setiap set. Dengan cara ini, anda bukan sahaja boleh menurunkan berat badan dengan lebih  cepat, malah berpotensi untuk mendapat abs yang cantik berketul-ketul.






5. Amalkan cara pemakanan yang betul


Makan secara perlahan dan jangan gopoh , Kunyah makanan kepada cebisan kecil . Makan dengan kerap dalam jumlah yang kecil . Ini akan membolehkan badan sentiasa bertenaga dan sentiasa berasa kenyang dengan tidak menaikkan berat badan .
Jangan Skip sarapan pagi . Menurut kajian , Mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya . Bagaimana ia terjadi ? Sarapan pagi menstabilkan hormon dan paras gula di dalam darah . Kadar metabolisma juga meningkat untuk membakar kalori dalam badan .  








6. Makanan Kesihatan (Supplement)


Jika anda bukan seorang yang mengamalkan cara pemakanan yang sihat dan seimbang , Pengambilan makanan kesihatan adalah cara paling mudah untuk membantu mempercepatkan proses kuruskan badan anda . Sesetengah vitamin dan mineral penting untuk badan , Pengambilan vitamin yang kurang akan menyebabkan badan tidak bermaya . Salah satu cara untuk menstabilkan hal ini adalah dengan mengambil makanan kesihatan (Supplement) yang dapat membantu menguruskan badan dan dalam masa yang sama memberi vitamin yang mencukupi untuk keperluan tubuh badan . Pilihan makanan kesihatan terkini adalah makanan kesihatan organik berasaskan herba . Kaji terlebih dahulu kandungan makanan kesihatan sebelum digunakan untuk tidak memudaratkan tubuh badan . 





No comments:

Post a Comment