Wednesday 17 August 2016




Strok adalah punca kematian ketiga terbesar di Malaysia . Salah satu penyumbang terbesar strok (Angin Ahmar) dan sakit jantung adalah kadar kolesterol yang tinggi dalam darah dan badan . Antara bahaya lain apabila kolesterol dalam badan dan darah tinggi adalah penyakit hati , tekanan darah tinggi dan ketidak suburan.


Punca Kolesterol Tinggi 


1.Makanan

Memilih  makanan yang tepat dapat mengurangkan risiko naiknya kadar kolesterol dalam tubuh kita. Makanan yang dimaksud adalah makanan yang rendah kolesterol jahat. .  Perlu diketahui bahwa 80% keperluan kolesterol bagi tubuh sudah dipenuhi melalui produksi oleh tubuh kita sendiri terutama produksi di bagian organ hati. Orang-orang yang tidak terlalu peduli dengan jenis makanan yang mereka makan, akan menyebabkan penyakit akibat kolesterol kolesterol tinggi seperti jantung dan stroke.
Berikut ini adalah makanan yang  memiliki kadar kolesterol tinggi:
  • susu,
  • kuning telur
  • daging merah (seperti daging sapi, daging kambing, daging babi)
  • otak
  • jeroan
  • seafood
  • mentega merupakan berbagai jenis makanan yang mengandung lemak jenuh yang berpotensi meningkatkan kadar lemak dalam tubuh kita.

2. Obesiti

Semakin tinggi berat  badan seseorang biasanya diikuti dengan jumlah lemak yang besar pula pada tubuhnya. Semakin tinggi berat badan seseorang biasanya diikuti dengan kadar trigliserida yang makin besar pula dalam tubuh. Perlu diketahui bahwa makin besar kadar trigliserida maka makin meningkat pula kadar kolesterol total dalam tubuh. Untuk itu, bagi Anda yang memiliki berat badan berlebih akan lebih baik jika Anda melakukan diet sehat dan terkawal agar risiko penyakit yang ditimbulkan oleh kolesterol dapat dihindari.


3. Kurang Senaman

Seseorang yang malas melakukan senaman  pasti tidak memiliki tubuh yang sihat. Makin rajin seseorang bersenam , maka makin tinggi pula kadar HDL dalam tubuhnya dan makin rendah kadar kolesterol dalam tubuh. Sebaliknya, jika Anda malas bersenam , maka kadar kolesterol HDL dalam tubuh juga semakin rendah. Bersenam akan membantu proses pembakaran lemak dalam tubuh, secara tidak langsung kandungan kolesterol dalam lemak juga akan ikut terbakar sehingga kadar kolesterol total juga akan menurun. 


4. Merokok 



Merokok selain menyebabkan berbagai gangguan kesihatan seperti gangguan paru-paru dan menjadi penyebab kanser, ternyata rokok juga boleh meningkatkan kadar kolesterol dalam tubuh. Rokok mengandungi kandungan zat kimia yang berbahaya iaitu nikotin. Kesan bahaya nikotin yang masuk ke dalam tubuh ternyata mampu meningkatkan kadar kolesterol karena membantu perkembangan trigliserida dalam darah untuk terus bertambah.


5. Usia

Makin bertambah usia seseorang makin tinggi kadar kolesterol dalam tubuhnya. Kadar kolesterol cenderung mengalami peningkatan pada usia di atas 20 tahun. Pada usia di atas 50 tahun, perkembangan kolesterol akan semakin pesat. Selain itu, pada wanita yang sudah menopause di usia 40 tahun, kadar kolesterol di tubuhnya akan menurun. Namun setelah usianya 50 tahun atau lebih kadar kolesterol justru akan cenderung mengalami peningkatan secara cepat.

6. Ubat

Pengambilan beberapa jenis ubat kimia ternyata juga berpotensi meningkatkan kadar kolesterol. Beberapa jenis ubat-ubatan tersebut di antaranya estrogen, beta-blocker, dan thiazide. Ubat-ubatan tersebut berpotensi meningkatnya kadar LDL dalam darah. Meningkatnya kadar LDL ini biasanya akan diikuti dengan meningkatnya kadar kolesterol total dalam tubuh.


7.Penyakit


Beberapa penyakit ada yang menjadi punca tingginya kadar kolesterol dalam tubuh .Penyakit yang menjadi peningkatan kolesterol jahat adalah hipertensi atau tekanan darah tinggi dan penyakit diabetes atau kencing manis .Selain penyakit-penyakit tersebut, masih ada penyakit lain yang berpotensi menaikkan kadar kolesterol dalam tubuh, seperti penyakit liver, penyakit ginjal kronis, dan kelenjar tiroid yang kurang aktif.

8.Keturunan



Jika Anda memiliki anggota keluarga seperti orang tua atau atuk/nenek yang memiliki penyakit kolesterol tinggi, maka sepatutnya anda berhati-hati. Tingginya kadar kolesterol dalam tubuh juga bisa dipengaruhi oleh faktor keturunan karena seseorang memiliki kecenderungan menurun sifat genetiknya seperti kesamaan pembentukan organ. Organ yang menghasilkan kolesterol juga bisa menjadi salah satu sifat penurunan genetik pada tubuh kita.



9.Stres

Menaiknya jumlah kolesterol dalam tubuh adalah  dengan tingkatan stres. Namun, penelitian menyatakan bahwa orang-orang yang stres cenderung memiliki kadar kolesterol yang lebih tinggi dibandingkan orang-orang yang tidak stres. Untuk itu, jagalah pemikiran Anda agar selalu dalam keadaan rileks.




Thursday 4 August 2016


6 Cara mudah untuk Kuruskan badan







1. Minum sekurangnya 8  gelas air kosong setiap hari


Air mengurangkan selera makan secara semula jadi dan membantu memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh .
Sebelum makan makanan yang berat , minum air terlebih dahulu . Pasti anda tidak akan makan dengan banyak . Penelitian telah membuktikan bahwa ketika Anda minum 2 gelas air sebelum makan, akan membantu Anda untuk mengkonsumsi makanan lebih sedikit. Itulah mengapa trik ini sangat berguna untuk menurunkan berat badan .
perbanyaklah minum air putih. Meminum lebih dari 4 liter air dalam sehari akan membantu untuk membuang racun serta membakar lemak dalam tubuh.
Mengkombinasikan salad dengan air putih. Salad yang kaya serta bermanfaat untuk menyehatkan pencernaan, sedangkan air putih mampu meningkatkan metabolism. Kombinasi keduanya diyakini mampu untuk menurunkan berat badan dengan cara yang sehat.

Sebelum bersukan, jangan lupa untuk meminum air putih yang cukup. Begitu pula ketika anda selesai bersukan. Mengkonsumsi air putih yang cukup sangat bermanfaat agar tubuh anda terhidrasi dengan baik. 






2. Amalkan Diet Seimbang


Rancang jadual pemakanan dan jangan melakukan diet tanpa jadual yang betul yang boleh memudaratkan kesihatan anda. Jika anda ingin menurunkan berat badan, adalah dinasihatkan supaya mencuba diet sihat yang dapat membantu mencapai matlamat anda tanpa membahayakan kesihatan.
Buang semua makanan yang tidak berkhasiat dan mengandungi kandungan gula yang tinggi.
Perbanyakan makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran , daging tanpa lemak, ikan, bijiran dan produk tenusu tanpa lemak.
Catatkan setiap makanan yang anda makan dan bila, dan juga bagaimana anda rasa setiap kali selepas makan.






3. Elakkan makan lewat malam


Kenapa perlu kurangkan kalori ketika makan malam? Sebab, pada waktu malam, kita sudah kurang beraktiviti dan pembakaran lemak menjadi perlahan. Organ tubuh tidak membakar lemak ketika anda sedang tidur . Hal ini akan menyebabkan makanan tidak di hadam dan menjadi lemak terkumpul di dalam badan dan boleh menyebabkan punca kenaikan berat badan anda .
Makanan berminyak dan berlemak tinggi hanya akan membuat tubuh terasa lesu keesokan paginya. Hidangan yang berkalori, lemak atau minyak terlalu banyak akan sukar dicerna. Ini yang boleh buat berat badan kita bertambah ­
Elakkan makan makanan berkarbohidrat tinggi diwaktu malam yang mengandungi gula yang tinggi walau rasanya tidak manis. Terlalu banyak ambil karbohidrat terutama yang jenis sederhana akan menimbulkan lonjakan gula darah. Kadar gula darah tinggi akan membuatkan anda susah untuk tidur nyenyak . Ketahuilah saiz hidangan makanan anda. Makan malam sepatutnya membekalkan anda 400 sehingga 500 kalori.







4. Senaman


80% kurus adalah dari penjagaan makanan, 20% senaman akan mmbantu mmpercepatkan proses anda untuk kurus. Dengan kata yang lain , Cara untuk  mempercepatkan proses kita kuruskan badan adalah dengan senaman .  
Tingkatkan aktiviti fizikal anda. Latih diri berjalan sekurang-kurangnya 400 meter sehari. Anda tidak semestinya perlu pergi ke gym atau berjogging untuk melakukan senaman . Objektif utama anda adalah untuk membakar lebih banyak kalori. Lakukan aktiviti seperti park kereta anda lebih jauh dari destinasi yang hendak dituju dan pilih untuk menggunakan tangga daripada menggunakan lif .
Buat senaman 'sit up' dan 'push up' setiap kali bangun tidur pada waktu pagi dan pada waktu petang  selepas balik kerja. Lakukan sebanyak 20 kali setiap set. Tambah jumlah 'sit up' dan 'push up' dari hari ke hari sehingga mampu untuk membuat 100 kali setiap set. Dengan cara ini, anda bukan sahaja boleh menurunkan berat badan dengan lebih  cepat, malah berpotensi untuk mendapat abs yang cantik berketul-ketul.






5. Amalkan cara pemakanan yang betul


Makan secara perlahan dan jangan gopoh , Kunyah makanan kepada cebisan kecil . Makan dengan kerap dalam jumlah yang kecil . Ini akan membolehkan badan sentiasa bertenaga dan sentiasa berasa kenyang dengan tidak menaikkan berat badan .
Jangan Skip sarapan pagi . Menurut kajian , Mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya . Bagaimana ia terjadi ? Sarapan pagi menstabilkan hormon dan paras gula di dalam darah . Kadar metabolisma juga meningkat untuk membakar kalori dalam badan .  








6. Makanan Kesihatan (Supplement)


Jika anda bukan seorang yang mengamalkan cara pemakanan yang sihat dan seimbang , Pengambilan makanan kesihatan adalah cara paling mudah untuk membantu mempercepatkan proses kuruskan badan anda . Sesetengah vitamin dan mineral penting untuk badan , Pengambilan vitamin yang kurang akan menyebabkan badan tidak bermaya . Salah satu cara untuk menstabilkan hal ini adalah dengan mengambil makanan kesihatan (Supplement) yang dapat membantu menguruskan badan dan dalam masa yang sama memberi vitamin yang mencukupi untuk keperluan tubuh badan . Pilihan makanan kesihatan terkini adalah makanan kesihatan organik berasaskan herba . Kaji terlebih dahulu kandungan makanan kesihatan sebelum digunakan untuk tidak memudaratkan tubuh badan .